 |
|

SEMESTINYA, calon berpakaian sopan dan bertatatertib. Wajib
memakai kasut. Sentiasa tenang dan jangan sekali-kali
kelam-kabut atau menggelabah. Jikalau perlu, tarik nafas
dalam-dalam dan lepaskannya sebelum bermula. Kebanyakan
punca gagal (hampir 99%) adalah kerana kelam-kabut,
menggelabah menyebabkan terlupa apa yang telah dipelajari
sebelum ini. Selagi anda dalam keadaan tenang dan waspada,
selagi itulah tidak ada masalah untuk lulus dengan
cemerlang.
Jikalau anda orang Islam, jangan sekali-kali lupa memulakan
dengan "Bismillah..."
Buang serta-merta ingatan anda kepada kegagalan-kegagalan
semasa belajar memandu. Sebaliknya, gantikan
serta-merta dengan kejayaan-kejayaan semasa belajar memandu.
"Mainkan" berterusan tanpa henti kejayaan-kejayaan semasa
belajar memandu, sebaik sahaja anda mula menunggu giliran
hinggalah selesai ujian.
Di bawah adalah tip-tip untuk kejayaan semasa ujian di atas
jalan raya:
1) Berhenti di
Persimpangan
Berhenti 6 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bagi
signal ke arah hendak belok. Pastikan tiada kereta datang
dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak. Jangan
terburu-buru atau tergesa-gesa.
2) Memandu di Jalan
Raya
Memandu dekat selekoh, persimpangan had laju 30 kmj. Di
jalan raya, had laju purata 60 kmj, namun sebaiknya kekalkan
30 kmj dengan gear 3. Kawal stereng dengan baik dan elakkan
dari tidak stabil. Beri laluan kepada kenderaan dan pengguna
lain.
3) Memandu di
garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.
4) Memandu di Lampu
Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan
belum lepasi garisan kuning, Berhenti. Kalau kenderaan sudah
lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.
Semasa berhenti di lampu isyarat, tukar gear kepada 'free'.
Tarik 'brake' jikalau lampu isyarat tersebut adalah cerun
mendaki. Masukkan gear 1 dan buat imbangan 'clutch' dan
'minyak' yang dipelajari di dalam litar ketika mendaki
cerun/bukit. Lepaskan hand brake dan jalan dengan perlahan.
Jangan tergesa-gesa.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan kanan dan kiri di stereng elok berposisi
pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan
bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda
diizinkan memegang stereng dengan satu tangan apabila
menukar gear.
Memandu dengan tenang semasa di jalan raya. Kebanyakannya
gagal dalam ujian jalan raya adalah kerana kelam-kabut,
menggelabah dan terlupa apa yang dipelajari sebelum ini.
Apabila sampai balik ke litar, berhentikan kenderaan dan
tarik 'hand-brake'. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis
ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.
KESALAHAN-KESALAHAN
YANG DISANGKA KECIL:
Di dalam kertas ujian yang dipegang oleh penguji tersedia 20
kotak. Setiap kali betul, kotak itu akan ditanda. Contoh
kesalahan kecil yang menyebabkan ditolak 1 markah untuk 1
kesalahan:
1. Tidak menguji lampu isyarat dan pengelap cermin berfungsi
atau tidak.
2. Berhenti di simpang tiga dan tarik brek tangan serta
bebaskan gear tetapi kaki anda tidak menekan pedal brek
semasa menunggu.
3. Tidak membetulkan cermin sisi dan pandang belakang.
Elakkan sama-sekali kesalahan-kesalahan yang disangka kecil
itu. Sebelum memulakan ujian, sebaik sahaja masuk ke dalam
kereta, 10 perkara ini mesti dilakukan mengikut urutannya:
1. Betulkan/selaraskan tempat duduk
2. Betulkan/selaraskan cermin sisi kanan
3. Betulkan /selaraskan cermin pandang belakang (cermin
tengah)
4. Betulkan/selaraskan cermin sisi kiri
5. Pakai tali pinggang keledar (mandatori)
6. Signal kanan
7. Signal kiri
8. Signal kanan kiri serentak (depan stereng)
9. Lampu depan
10. Pengelap cermin
CONTOH KESALAHAN-KESALAHAN MANDATORI PENYEBAB UTAMA
GAGAL:
1. Tidak menarik hand-brake dan bebaskan gear (free gear)
ketika berhenti di simpang tiga.
2. Terus memandu semasa lampu isyarat menunjukkan warna
merah.
3. Memandu melebihi 60km sejam.
4. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
5. Melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
6. Terlupa memberi isyarat semasa hendak membelok dan
memotong.
7. Tidak berhenti di simpang tiga atau berhenti tetapi di
atas atau terlebih garisan berhenti. |

     |